Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Tuesday, September 20, 2011

Ibu Bapa Menderhaka Kepada Anak

Photobucket

Seorang ayah datang kepada Saidina Umar Bin Al-Khattab r.a, Khalifah Islam kedua selepas Saidina Abu Bakar r.a, untuk mengadu berkenaan anak lelakinya yang telah menderhaka terhadap dirinya.Khalifah Umar r.a pun memanggil si anak untuk menasihatinya.

Beliau mengingatkan si anak agar patuh dan taat kepada orang tuanya serta tidak mengabaikan hak-haknya. Lau si anak menjawab: "Wahai Amirul Mukminin(Saidina Umar adalah Khalifah pertama yang menggunakan gelaran 'Amirul Mukminin' yang bererti pemimpin orang mukmin), bukankah seorang anak mempunyai hak terhadap orang tuanya?"

"Sudah tentu," jawab Saidina Umarr.a.
"Apa hak tersebut, wahai Amirul Mukminin?"
"Bahawa bapanya wajib memilih ibu yang baik baginya, memberikan nama yang baik kepadanya serta mengajarkan al-Qur'an kepadanya," jawab Saidina Umar r.a.

"Wahai Amirul Mukminin, bapaku tidak melakukan itu semua. Ibuku adalah seorang majusi(penyembah api). Dia memberikan aku nama Ju'al(yang bererti kotoran kumbang) dan dia tidak mengajarkan kepadaku satu ayat daripada al-Qur'an."

Kemudian Saidina Umar r.a menoleh ke arah bapa kepada anak tersebut dan berkata: "Engkau datang kepadaku untuk mengadu ketidaktaatan anakmu, sedangkan engkau sendiri terlebih dahulu gagal melaksanakan hak dan tugasmu kepada anakmu sendiri. Engkau terlebih dahulu melakukan keslahan kepadanya sebelum ia melakukan kesalahan kepadamu."

Selama ini kita sering membicarakan anak menderhaka kepada ibu bapanya tetapi jarang sekali kita memperkatakan ibu bapa menderhaka terhadap anaknya. Fikir - fikirkanlah di mana amalan kita.

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..