Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..
Wednesday, September 14, 2011
Golongan Profesional Malaysia Dibayar Gaji Rendah - Najib
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku golongan profesional Malaysia dibayar gaji rendah berbanding rakan mereka di luar negara, sekaligus menghalang usaha mengekalkan sertamenarik mereka yang berbakat bekerja di negara ini.
Beliau berkata meskipun golongan profesional Malaysia bagus, daripada segigaji, pada skala antarabangsa, mereka tidak dibayar sebaik rakan mereka di negara lain.
"Sudah lama saya menggesa sektor awam dan swasta agar membayar gaji mengikutbakat dan kemahiran pekerja berdasarkan standard antarabangsa.
"Adalah menjadi hasrat saya untuk melihat kadar gaji kita meningkat denganmantap seiring produktiviti," katanya pada Persidangan Global Forbes ke-11 disini, Selasa.
Najib berkata satu usaha yang fokus perlu dilakukan bagi mengekalkan rakyatMalaysia yang berbakat serta berkemahiran untuk terus berada di negara iniselain menarik golongan profesional yang berkhidmat di luar kembali ke tanahair, dan kadar gaji lebih baik boleh menjadi faktor penarik.
Selain itu, Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata adalah penting untukmewujudkan peluang dan kerajaan telah mengambil langkah melaksanakan pelbagaiProgram Transformasi Ekonomi (ETP).
"Saya yakin jika anda wujudkan peluang, bayar gaji yang lumayan dan tingkatkan produktiviti, kita akan mampu menarik lebih ramai bakat untuk berkhidmat Malaysia," katanya.
Mengenai pemansuhan subsidi, beliau berkata kerajaan akan bertindak berhati-hati bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat.
Najib merujuk beberapa negara Arab yang berdepan masalah ekoran penganggurandan peningkatan kos hidup.
"Kita amat berhati-hati dengan fakta bahawa peningkatan kos hidup merupakantanggungjawab yang perlu ditangani kerajaan.
"Jika tidak, dalam demokrasi politik, kerajaan akan menerima tempias, jadikami komited dalam mengurangkan subsidi secara beransur-ansur, namun pada masasama, perlu memastikan rakyat tidak dihimpit beban tambahan," katanya. -BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment