Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Tuesday, September 20, 2011

Dua Beranak Diburu Polis

Photobucket

KUALA LUMPUR – Dua beranak yang menjadi dalang beberapa kes samun dan pecah rumah di Brickfields sejak awal tahun ini diburu selepas polis merampas pelbagai barangan dipercayai hasil curi dengan anggaran nilai RM100,000 di sebuah rumah di Setapak, di sini, Rabu lalu.
Suspek, Lee Tai Ping, 64, pemandu teksi dan anak lelakinya, Lee Kok Yew, 27, diminta tampil bagi membantu siasatan. Kedua-dua suspek dipercayai melarikan diri sebaik mengetahui mereka dikehendaki polis.

Terdahulu, isteri suspek, suri rumah berusia 60 tahun serta anak perempuannya, 23, pelajar kolej swasta direman tiga hari untuk diambil keterangan. Bagaimanapun, mereka dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata ketika tangkapan, polis merampas pelbagai barangan curi termasuk skrin komputer, televisyen, komputer riba, telefon bimbit pelbagai jenis, pengering rambut dan geran kereta pemilik lain di rumah suspek.

“Selain itu, polis menemui alat yang digunakan untuk kegiatan itu seperti parang, kapak, pistol tiruan, alat ganti kereta yang diubah suai, penebuk lubang dan pemutar skru.

“Berdasarkan pemeriksaan, suspek pertama tiada rekod kesalahan lampau, bagaimanapun, anak lelakinya pernah disabitkan atas beberapa kesalahan pecah rumah.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan polis meminta kedua-dua suspek tampil ke balai polis bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, kejayaan penemuan barangan itu hasil aduan seorang pengurus wanita sebuah syarikat persendirian berusia 40 tahun yang membuat laporan selepas pejabatnya dipecah masuk dan barangannya dilarikan pada 10 September lalu.- myMetro

1 comment:

  1. Ish2...sepatutnya seorg ayah menjadi contoh yg baik utk anak2 hmmm

    ReplyDelete

Sahabat Iju..