Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..
Saturday, September 10, 2011
Isu Caj Perkhidmatan 6 Peratus Akan Dibincang Dalam Mesyuarat Kabinet Minggu Depan
KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta syarikat telekomunikasi (telco)menangguhkan hasrat mereka untuk mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon pra-bayar.
Beliau berkata perkara ini akan dibawa kepada perbincangan jemaah menteri pada minggu hadapan sebelum diputuskan sama ada cadangan itu akan diteruskan atau tidak.
"Masa dan ketika tidak kena sebab tiba-tiba diputuskan begitu," katanya kepada pemberita selepas rancangan 'Bicara Rakyat' di Angkasapuri di sini, malam Jumaat.
Beliau berkata syarikat telco perlu mengambil kira hak pengguna memandangkan ada syarikat terbabit meraih keuntungan besar sekitar RM800 juta hingga RM1.2 billion setahun.
Rais menjadi tetamu rancangan 'Bicara Rakyat' yang disiarkan secara langsung di TV1.
Turut sama dalam barisan panel jemputan ialah pengamal media iaitu Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan Malaysia Datuk Zaini Hassan, Editor Tugasan BernamaTV D. Arul Rajoo dan Ketua Eksekutif Editor Sin Chew Daily Kuik Cheng Kang yang membincangkan tajuk 'Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera'.
Satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi semalam mengumumkan caj berkenaan akan dikenakan kepada produk prabayar bermula Khamis depan.
Menurut kenyataan itu, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.
Langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.
Dalam pada itu, Rais berkata gagasan 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' bukanlah satu slogan semata-mata, sebaliknya ialah adalah satu cara hidup masyarakat di negara ini.
"Ia berbeza dari slogan-slogan (yang pernah diperkenalkan pada setiap hari kemerdekaan terdahulu) kerana 1Malaysia adalah cara hidup yang hendak kita lakukan dan ia mencapai ke arah wawasan 2020.
"Dengan lain perkataan, apa yang diasaskan (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir kita ambil bersama-sama dan kita jadikan sebagai pentadbiran politik dan perjuangan kita," katanya.
Sementara itu, Rais berkata beliau akan menghadiri satu persidangan mengenai jenayah siber yang akan diadakan di United Kingdom pada November depan.
Katanya persidangan itu yang akan disertai oleh semua negara Komanwel akan mencari cara atau tindakan yang boleh dikenakan terhadap jenayah siber untuk dijadikan peraturan yang sesuai diamalkan oleh negara-negara anggota. -BERNAMA
Saya Pengedar Sah Produk Kesihatan dan Supplement Shaklee
Wan Zulkifli bin Wan Hanapi
Shaklee Id : 924142
sms/call : 019-9427541
COD : Ipoh, Kuala Kangsar, Seri Iskandar, Batu Gajah, Gopeng, dan Sungai Siput, Perak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment