Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Monday, September 5, 2011

Allahyarham Noramfaizul Dilindungi Dua Insurans

Photobucket

Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman, mengesahkan Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera BernamaTV yang terkorban di Somalia pada Jumaat lepas, dilindungi dua polisi insurans yang diambil oleh Bernama.


Menurut Datuk Abdul Rahman, semua petugas Bernama dilindungi dua polisi insurans iaitu insurans hayat dan insurans kemalangan diri yang terpakai di seluruh dunia.

Datuk Abdul Rahman berkata demikian sebagai respons kepada spekulasi yang tersebar dalam internet bahawa Allahyarham Noramfaizul tidak dilindungi insurans semasa menjalankan tugasan terakhirnya itu.

Selain itu, katanya, Kelab Putra 1Malaysia turut mengambil polisi insurans kelompok kepada kesemua 55 anggota misi bantuan kemanusiaan ke Somalia itu.

Bernama, kataya, akan turut menghulurkan segala sokongan dan bantuan yang diperlukan oleh keluarga Allahyarham..

Sumber : Berita TV3

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..