Penyebab:
Kudis buta disebabkan oleh hama (scabies mites, 0.4 mm length). Hama kudis buta boleh dilihat menerusi mikroskop. Hama kudis buta menggali terowong di bawah kulit dan bertelur di dalam terowong yang digalinya. Terowong ini kelihatan spt garisan berwarna merah pada kulit. Kehadiran terowong di bawah kulit ini menyebabkan rasa gatal berterusan (continuous itch; allergy to foreign body).
Punca gatal:
Kudis buta sering menjangkiti bayi dan kanak-kanak di taska/tabika/tadika dan juga di sekolah. Kudis buta juga menjangkiti semua ahli keluarga. Kudis buta mudah berjangkit menerusi persentuhan (contact) dan perkongsian bilik, tempat tidur dan pakaian (semua jenis pakaian, telekung, cadar, sarung bantal, tilam, selimut, tuala, dll).
Jangkitan:
Tubuh manusia menjadi tempat hinggap dan pembiakan (host) hama kudis buta untuk selama 2-3 hari sebelum ia mati. Akan tetapi, manusia sentiasa bersentuhan dan berkongsi pakaian & tempat tidur, maka hama ini terus berpindah-randah dan membiak (person-to-person transmission).
Bahagian dijangkiti:
Hama kudis buta tak suka panas dan suka tempat yang sejuk. Oleh itu, bahagian tubuh yang sering dijangkiti kudis buta ialah di bawah paras leher hingga ke tapak kaki. Bahagian yang terlibat terlindung dan sejuk seperti celah jari, kaki, ketiak, kemaluan dan punggung. Kudis buta jarang mengena bahagian badan atas drp paras leher, iaitu muka dan kepala kerana bahagian ini terdedah kpd panas dan kering.
Gatal pada muka:
Namun bayi lebih kerap terkena kudis buta di bahagian muka. Bagi orang dewasa yg mukanya rasa gatal-gatal, ini mungkin bukan kudis buta, tapi besar kemungkinan alahan pada makeup atau ekzema (eczema). Perlu berjumpa doktor utk merawat gatal-gatal pada muka.
Jangkitan bernanah:
Jika pesakit kudis buta menggaru dan kulit merkah, bakteria pula boleh menyelinap masuk dlm kulit dan membiak pada kulit dan menyebabkan kulit berair dan bernanah (skin infection). Kehadiran nanah menyebabkan badan berbau kurang enak.
Jangkitan berpanjangan (chronic infection):
Jangkitan berpanjangan menyebabkan kulit menjadi tebal, keras, gelap dan bergerutu seperti kulit pokok (tree bark). Kulit amat gatal dan berasa sakit. Kulit amat sukar dirawat apabila berada di peringkat ini.
Rawatan kudis buta:
Jangkitan kudis buta memakan masa yang agak lama sebelum pulih sepenuhnya. Ubat yang digunakan termasuklah malathion dan benzoate untuk membunuh hama kudis buta. Ubat perlu disapu ke seluruh badan termasuk tangan dan tapak tangan, selama 12-24 jam. Semua bahagian badan perlu disapu dengan rapi tanpa membiarkan walaupun seekor hama terlepas dan terus membiak. Ubat-ubat ini amat racun untuk hama kudis buta dan hama akan mati dalam 24 jam. Apabila hama mati, jangkitan kudis buta akan mula surut dan reda.
Cara merawat pakaian:
Pakaian yang terkena jangkitan kudis buta boleh direbus (air mengelegak) atau diletakkan dalam beg plastik dan diikat, dan biarkan selama sebulan untuk membunuh hama.
Cara merawat bantal & tilam:
Bantal dan tilam boleh dijemur di bawah matahari yang terik supaya hama mati. Boleh spray tempat tidur (bantal & tilam) dengan spray nyamuk atau lipas (hama akan segera mati). Tempat tidur juga boleh dicomorkan dengan tea tree oil yang dibeli di farmasi. Spray atau comorkan setiap hari, 1 jam sebelum tidur.
Rawatan menyeluruh:
a) Semua ahli keluarga dan orang-orang yang tinggal serumah perlu dirawat.
b) Seluruh isi kandungan rumah (cushions, carpets, throw pillows) perlu dibersihkan daripada hama kudis buta. Spray Ridsect atau sapu tea tree oil. Jemur barangan di bawah matahari terik jika perlu.
Tempoh rawatan kudis buta:
Bagi dewasa ia mungkin memakan masa hingga 2-3 tahun sebelum rasa gatal reda. Kulit pula memakan masa 1-2 tahun untuk sembuh. Namun, kulit akan kelihatan gelap dan kasar. Sapuan krim pelembut mengandungi vitamin E membantu melembutkan kulit dan mengatasi masalah kulit kasar. Sapuan salt scrub semasa mandi membantu mencerahkan semula kulit.
Telur hama menetas dalam tempoh tiga hari, boleh berjangkit menerui sentuhan, berkongsi pakaian dan tilam
KUDIS buta pasti membuatkan si kecil tidak senang duduk kerana asyik menggaru tanpa henti sekali gus menyebabkan luka semakin teruk. Kanak-kanak memang senang terdedah kepada penyakit itu, tambahan pula kudis buta mudah berjangkit. Fenomena kurang menyenangkan itu sudah tentu merisaukan ibu bapa terutama yang menghantar anak ke pusat asuhan atau tadika.
Kudis buta atau scabies terjadi disebabkan serangan hama dikenali sebagai Sarcoptes Scabies yang mudah berjangkit dari individu ke individu lain terutama dalam komuniti padat seperti di pusat asuhan, asrama atau rumah penjagaan orang tua. Ia boleh menyerang sesiapa saja, namun anak kecil lebih terdedah kerana mereka belum pandai menguruskan kebersihan diri.
Katanya, ‘perpindahan’ hama boleh berlaku menerusi sentuhan secara langsung iaitu membabitkan pergerakan hama betina yang bertapak di bawah kulit manusia seterusnya bertelur di situ, manakala hama jantan pula mati selepas kedua-duanya ‘berpasangan’ untuk membiakkan lagi baka.
“Habitat paling disukai hama adalah di bawah kulit. Ia akan tertanam dan membiak di situ. Kebiasaannya hubungan rapat yang terjalin memudahkan risiko kudis buta berjangkit terutama di kalangan ahli keluarga, rakan sebilik di asrama dan pusat asuhan bagi si kecil. Berkongsi tilam, bantal, tuala atau pakaian turut membawa risiko besar untuk dijangkiti.
“Pada peringkat awal, pesakit akan mengalami masalah gatal berpanjangan berikutan tindak balas badan terhadap hama dan telur. Tanda ketara ialah bengkak seperti gelembung halus pada permukaan kulit lembap sama ada di tapak tangan dan kaki, celah jari, ketiak, punggung serta kemaluan.
“Walaupun kudis buta bukan tergolong mengikut senarai sakit kronik, jika tidak dirawat dengan segera ia boleh menjangkiti seluruh ahli keluarga dan orang terdekat dengan pesakit. Malah kehadiran kudis buta boleh mengakibatkan tekanan emosi dan rasa rendah diri kepada individu terbabit terutama kanak-kanak,” katanya.
Proses pembiakan generasi hama itu sentiasa berulang dan ia terus merebak ke kawasan dengan pantas apabila pesakit menggaru bahagian berkenaan. Jika mampu bertahan, individu dinasihatkan jangan menggaru kerana ia menyukarkan diagnosis doktor serta menyebabkan jangkitan kuman.
Menyentuh kesan emosi kepada si kecil, beliau berkata, mereka mungkin dipulaukan rakan sebaya jika didapati mempunyai masalah kudis buta dan sekali gus boleh memberikan tekanan, menimbulkan rasa malu, rendah diri dan menghadapi kesukaran bergaul.
“Dalam usia ini kanak-kanak sukar memahami sesuatu keadaan. Justeru, perasaan malu tidak mampu dielakkan jika diejek rakan hanya disebabkan kudis buta. Sokongan ibu bapa amat diperlukan, termasuk segera mendapatkan rawatan selain menitik beratkan penjagaan kebersihan anak mereka.
“Kudis buta boleh merebak dengan pantas. Kesannya juga boleh dilihat hanya dalam beberapa hari bermula bengkak, tanda merekah, menggelupas dan luka akibat garu. Telur hama pula menetas dalam masa tiga atau empat hari seterusnya membesar dalam tempoh dua minggu. Ia akan terus membiak di bawah kulit pesakit,” katanya.
Walaupun hanya sebesar 300 mikron, hama scabies mampu membiak dengan banyak. Antara kesan yang mungkin ditinggalkan selepas kudis buta dapat disembuhkan adalah tanda kehitaman yang tampak mencacatkan kulit penderita.
Selain kudis buta, penyakit kulit yang biasa menyerang kanak-kanak ialah Impetigo atau kudis yang disebabkan kuman Staphylococcus atau Streptococcus. Ia mudah berjangkit melalui sentuhan berterusan dan kerap terjadi di sekitar mulut dan hidung selain celah pelipat seperti sekitar lutut dan siku.
Gelembung merah kecil terjadi seterusnya pecah dan kelihatan seperti kulit melecur. Ia mengeluarkan air dan membentuk kerak kulit berwarna perang kekuningan. Kesannya pesakit yang dijangkiti impetigo mungkin mengalami demam, lemah anggota badan dan kadangkala cirit serta mendapat jangkitan kelenjar.
Jangkitan ini dapat dirawat dengan mencuci bahagian berkudis dan menyapu krim antibiotik. Selalunya ia mengambil masa antara lima hingga tujuh hari sebelum kudis kering dan sembuh. Selain berisiko menghadapi masalah buah pinggang, kesan impetigo yang lain termasuk jangkitan sendi dan tulang.
Rawatan
Bagi kudis buta, penggunaan sapuan ubat racun hama jenis losyen atau krim crotamiton (Eurax) dapat mengurangkan komplikasi. Ia dilumur pada seluruh badan dari tengkuk ke bawah sebelum waktu tidur. Seelok-eloknya pesakit perlu mandi dengan air suam untuk membuka liang roma sebelum disapu ubat losyen. Ubat tahan gatal seperti piriton pula mampu mengurangkan gatal waktu malam.
Tanda
- Gatal berpanjangan.
- Muncul garis halus kemerahan di bawah kulit.
- Kehadiran gelembung kecil berair pada kulit.
- Rasa gatal bertambah teruk pada waktu malam iaitu waktu hama betina bertelur.
- Tempat kesukaan hama - tapak tangan dan kaki, celah jari, ketiak, punggung serta kemaluan.
- Elakkan bersentuhan dengan pesakit atau jika menghidapi kudis buta, ubati segera dan seelok-eloknya jauhkan diri daripada orang lain.
- Pastikan kebersihan diri.
- Jangan berkongsi pakaian atau barangan peribadi seperti tuala.
- Rendam pakaian dalam air panas.
- Jemur tilam, bantal dan permaidani di bawah terik matahari.
Saya Pengedar Sah Produk Shaklee
Produk Kesihatan dan Supplement Lengkap untuk seisi keluarga..
Dapatkan Supplement Multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan zat mineral dari hanya RM 45.00* sahaja sebulan.
Limited Stok Siapa Cepat Dia Dapat..
Saya Pengedar Sah Produk Supplement Shaklee
Wan Zulkifli bin Wan Hanapi
Shaklee Id : 924142
sms/call :019-9427541
COD : Ipoh, Kuala Kangsar, Seri Iskandar, Batu Gajah, Gopeng, dan Sungai Siput, Perak
* Harga tidak termasuk pos, Pack untuk sebulan adalah repack dari pack asal (2 bulan).
Kita perlu supplement kerana kita tidak mendapat khasiat yang sepatutnya dalam pemakanan harian kita. Supplement membantu kita mendapatkan khasiat yang sepatutnya..
amat bermanfaat..alhamdulillah semoga info anda ini boleh mempercepatkan lagi penyembuhan adik saya..terima kasih atas info anda
ReplyDeleteterima kasih atas info yang bermanfaat bg kluarga sy ni
ReplyDeleteterima kasih atas info bermanfaat ini......
ReplyDeleteSaya mgalami simptom mcm tu.. Pegi klinik gov, doc ckp cuma infection sbb garu2..tpi kalu tgk luka tu n berair,mmg mcm kudis buta.. Dah la baby bru nk masuk setahun..takut bjangkit pulak..
ReplyDeleteNasib nasib nasib....habis semua ahli keluarga kena...... Emak pulak tak nak ikut nasihat suruh pakai lotion yg d berikan dr.... Emak nk ikutkan caranya saja ... Kudia buta ni perlu dirawat scr menyeluruh jika baik semua kena baik skali jika ada org lain akan... Berulang lah jangkitan ini
ReplyDeleteUntuk kudis bura, caranya sentiasa basuh tangan atau badan yang sudah terkena kudis buta dengan menggunakan basic H shaklee sebab ph ia seimbang, tiada bahan kimia.ambil ESP shaklee untuk baik pulih sel, Nutriferon untuk mempertingkatkan sistem imun, Vitamin E dan Carotomax dapat melegakan kekeringan kulit dan gatal dan GLA mengurangkan gatal dan imflamasi.saya dah mencuba dan membantu kawan-kawan dalam kudis buta ini.Alhamdulillah dengan izinNya sembuh dan kulit semakin cantik. saya dah bersama shaklee selama 11 tahun.
ReplyDeleteSalam semua. Ingin berubat masaalah jangkitan kudis buta cara mudah?. Ya, ada satu krim yang telah terbukti berkesan untuk rawat kudis buta yang susah baik setelah berubat dengan cara biasa. Setelah sapu saja terasa sejuk saja dan hilang atau kurang rasa gatal nak garu dan pedih. Dalam masa beberapa hari saja insyaAllah sudah berkurangan beransur sembuh. Layari krimmutiarabumi.blogspot.com untuk lihat testimoninya dan mencubanya. KMB boleh diguna untuk rawat kulit lecur kena air panas atau besi panas..Hubungi Hj Man 013-4389413..tk
ReplyDeleteAssalamualaikum..saya ada jugakla tanda awal kudis buta nih.muncul gelembung biji berair kat
ReplyDeletetapak tangan dengan kaki.gatal nye mmg yg amat.pegi jumpa doktor,dia bagi ubat sapu.tp tak berkesan.malam tido tgaru-garu.last2 saya rendam tapak tangan ngan kaki dlm air suam.mmg pedih sikit la part2 yg gatal tuh.tapi Alhamdulillah la.mungkin saya punya masih awal :)
Sila layari krimmutiarabumi.blogsp.com tk.
Delete