Pelik Tapi Benar Dalam Solat
SINOPSIS: Menjelaskan tentang perkara-perkara pelik yang tidak difikirkan oleh manusia tetapi boleh dilakukan di dalam solat. Walaupun pelik, tetapi tidak semestinya ia salah atau tiada di dalam ajaran Islam. Sesungguhnya Islam itu "rahmatan lil 'alamin" tidak memberatkan umatnya di dalam soal ibadah.
Price: MYR23.31
BERNAMA memaklumkan yang buku tersebut diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana didapati menyeleweng daripada ajaran Islam.
Menurut Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Abdul Razak Abdul Latif, buku ini dikenakan perintah larangan mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan mana-mana individu yang didapati menghasilkan semula, mencetak, mengeluar atau memiliki bahan larangan tersebut boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM 20,000 atau kedua-duanya.
Perkara-perkara atau perlakuan dalam solat yang diterangkan dalam buku ini jarang dilakukan dalam masyarakat kita namun biasa dilakukan oleh masyarakat arab. Malah ia dikupas berdasarkan dalil yang sahih. Sebagai contoh, berjalan dalam solat, solat sambil mendukung anak dan banyak lagi. Saya ulangi walaupun pelik, tetapi tidak semestinya ia salah atau tiada di dalam ajaran Islam. Mungkin hanya kita sahaja yang tidak mengetahuinya.
Jangan hanya kita diberi kuasa kita menggunakannya dengan sesuka hati dengan membelakangkan Al - Quran dan As- Sunah. Pihak berwajib sepatutnya memberikan dalil - dalil yg kuat jika hendak mengharamkan buku ini dari di terbitkan. Islam di cipta yang Maha Esa berlandaskan sunah Rasulullah dan Al - Quran bukannya akal. Diulangi bukannya AKAL.
No comments:
Post a Comment