KUALA LUMPUR - Mahkamah majistret menjatuhkan hukuman ke atas Trio Datuk atas tuduhan menayangkan video seks mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seri Carcosa, 21 Februari lalu. Datuk Shazryl Eskay Abdullah didenda RM3,000 atau tiga bulan penjara; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, RM1,000 atau sebulan penjara dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim RM1,500 atau dua bulan penjara.
Majistret Aizatul Akmal Maharani menjatuhkan hukuman itu setelah ketiga-tiga mereka mengaku bersalah. Aizatul dalam penghakimannya berkata keputusan itu diambil kira setelah mempertimbangkan fakta kes, eksibit dan faktor peranan tertuduh. “Dalam kes ini faktor kepentingan awam hendaklah seimbang dengan faktor kepentingan peribadi tertuduh,” katanya.
Trio ‘Datuk T’ hari ini didakwa di Mahkamah Majistret atas kesalahan penayangan video lucah yang dikatakan mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka bertiga mengaku bersalah atas tuduhan. Datuk trio yang terdiri daripada ahli perniagaan, Shazryl Eskay, Abdul Rahim dan Shuib hadir berbaju kot hitam hadir di Mahkamah Tinggi Jalan Duta kira-kira 9 pagi tadi.
Shazryl dan Shuib didakwa dibawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan Akta 574 atas kesalahan menayangkan video lucah secara terbuka. Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya. Manakala Abdul Rahim didakwa atas kesalahan bersubahat dengan Shazryl dan Shuib serta turut didakwa dibawah akta yang sama.
Selepas trio Datuk T mangaku bersalah, mahkamah kini mendengar fakta kes and menanda eksibit. Majistret juga mengambil keputusan untuk melihat tayangan video lucah yang dirakam menggunakan empat kamera dalam mahkamah, disaksikan peguam and orang ramai.
Tayangan kira-kira 20 minit itu bagaimanapun dilajukan. Sementara itu, kira-kira 200 penyokog Perkasa dan badan bukan kerajaan (NGO) lain hadir diperkarangan mahkamah membawa sepanduk menunggu sejak pagi bagi memberikan sokongan terhadap trio terbabit.
Sementara itu, Peguam Rahim, Datul Seri Shafie Abdullah mengemukakan rayuan supaya majistret dapat meringankan hukuman. Shafie dalam hujahnya berkata tindakan ketiga-tiga menayangkan video lucah itu bukan untuk menjejaskan sesiapa, cuma mendedahkan kepada rakyat tentang kepincangan moral pemimpin politik yang korup, iaitu Anwar.
Sambil menggambarkan tindakan trio itu sebagai mulia (honorable), Shafie berkata mereka hanya berniat untuk mendedahkan supaya masyarakat dapat buat keputusan tentang kredibiliti pemimpin pembangkang. “Saya rasa mereka sudah buat satu kebaikan kepada orang awam,” katanya.
Shafie turut mengemukakan laporan analisis pengecaman muka yang terkandung dalam video daripada pakar membandingkan ‘individu X’ yang terdapat dalam klip video itu dengan beberapa keping gambar rawak Anwar adalah 99.9 peratus sama.
Laporan yang dikeluarkan 4 Jun lalu itu daripada pakar Dartmouth College, Handover, New Hampshire. Mahkamah ditangguh selama 15minit sebelum majistret membuat keputusan.
Saya Pengedar Sah Produk Kesihatan dan Supplement Shaklee
Wan Zulkifli bin Wan Hanapi
Shaklee Id : 924142
sms/call : 019-9427541
COD : Ipoh, Kuala Kangsar, Seri Iskandar, Batu Gajah, Gopeng, dan Sungai Siput, Perak
No comments:
Post a Comment