Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Tuesday, June 28, 2011

Asteroid Hampir Melanggar Bumi



Sebuah asteroid yang bersaiz seperti sebuah pejabat hampir melanggar bumi pada hari Isnin lalu – 23 kali lebih dekat dengan bulan.

Apabila batu angkasa tersebut mencecah ketinggian 11,000 batu dari muka bumi, ianya akan mengeluarkan cahaya yang boleh dilihat melalui teleskop, menurut pakar, semalam.

Ianya hanya dilihat oleh sebuah teleskop robotik pada hari Rabu di New Mexico yang ketika itu sedang mengkaji bahagian langit untuk melihat sebarang tanda bahaya seperti itu. Ianya dikelolakan oleh Pusat Kajian Planet-Planet Kecil Persatuan Astronomi Antarabangsa di Massachusetts.

Keputusan pencarian kemudiannya disahkan oleh Peter Birtwhistle, individu yang telah menjumpai beberapa asteroid dari balai cerap beliau sendiri di UK dan mengambil gambar tersebut dari Great Shefford di Berkshire.

Hanya pada keesokan harinya di UK, apabila asteroid tersebut yang dinamakan 2011 MD, akan sampai berdekatan dengan kawasan hemisfera selatan.

Namun, ahli-ahli astronomi di bahagian lain seperti di Amerika Selatan, akan dapat melihat asteroid tersebut melalui bumi dengan cahaya terang pada waktu malam.
Asteroid 2011 MD dikatakan bersaiz antara 10 hingga 50 ela.

Pakar asteroid UK, Dr Emily Baldwin berkata,”kami pasti bahawa ianya tidak akan melanggar bumi, tetapi jika ianya memasuki kawasan atmosfera bumi, asteroid ini mungkin akan berpecah dan menjadi beberapa meteorit.”

Pada 8 November, sebuah asteroid mempunyai lebar sebanyak 400 meter dan mempunyai berat sebanyak 50 juta tan yang dikenali sebagai 2005 YU55 dijangkaka akan memasuki orbit bulan.

Melalui bumi dengan hanya jarak 201,000 batu, asteroid tersebut merupakan objek terbesar yang menghampiri bumi dan telah kita ketahui terlebih dahulu.

Dipetik dari :http://mynewshub.my/bm/2011/06/25/asteroid-gergasi-hampir-melanggar-bumi/

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..