Seorang wanita warga Indonesia telah dipancung dengan pedang, pada hari Sabtu (18/6/2011). Perempuan itu dihukum kerana membunuh seorang perempuan Arab Saudi, kata Kementerian dalam Negeri Arab Saudi.
Wanita bernama Ruyati binti Sapubi ( gambar ) terbukti bersalah membunuh perempuan Saudi Khairiya binti Hamid Mijlid dengan menyerangnya berulang kali di kepala dengan pemotong daging dan menikamnya di leher, kata kementerian itu dalam sebuah pernyataan yang dipetik oleh pejabat berita rasmi SPA.
Pejabat berita itu tidak menyatakan motif kejadian itu, ataupun menyatakan hubungan antara kedua perempuan itu. Tapi beberapa pejabat di Indonesia menyatakan bahawa sekitar 70 peratus dari 1.2 juta warga Indonesia yang bekerja di Arab Saudi adalah sebagai pembantu rumah ( amah ).
Pemancungan di wilayah Mekah di Saudi barat itu membuat jumlah yang dihukum di kerajaan tahun ini menjadi 28 orang, menurut hitungan AFP berdasarkan pada laporan-laporan pejabat dan kumpulan hak asasi manusia.
Kes-kes rogol, pembunuhan, kemurtadan, rompakan bersenjata semuanya boleh dihukum dengan hukuman mati menurut interpretasi keras hukum syariah Islam Arab Saudi.
Indonesia kritik Arab Saudi pancung amah
JAKARTA: Indonesia semalam menyelar tindakan Arab Saudi memancung seorang pembantu rumah negara itu yang didapati bersalah membunuh isteri majikannya.
Pembantu rumah berkenaan, Ruyati binti Sapubi, didakwa membunuh warga Saudi, Khairiya binti Hamid Mijlid dengan menetaknya berulang kali dengan pisau pemotong daging dan menikamnya di leher.
Warga Indonesia itu menjalani hukumannya di barat Makkah, Sabtu lalu.
“Tanpa berprasangka terhadap sistem perundangan Arab Saudi, kerajaan Indonesia mengkritik pelaksanaan hukuman itu yang dilakukan tanpa meneliti amalan antarabangsa,” kata jurucakap Kementerian Luar, Michael Tene, kepada AFP.
“Kami menyedari kes itu dan Ruyati mengaku melakukan pembunuhan berkenaan.
“Tetapi kami tidak dimaklumkan mengenai waktu pelaksanaan hukuman berkenaan,” katanya.
Tene berkata, kerajaan Indonesia akan memanggil duta Saudi di Jakarta untuk menyuarakan rasa tidak puas hatinya.
Kira-kira 70 peratus daripada 1.2 juta warga Indonesia di Arab Saudi bekerja sebagai pembantu rumah.
Seramai 28 orang menjalani hukuman pancung di Arab Saudi tahun ini. - AFP
Saya Pengedar Sah Produk Shaklee
Produk Kesihatan dan Supplement Lengkap untuk seisi keluarga..
Dapatkan Supplement Multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan zat mineral dari hanya RM 45.00* sahaja sebulan.
Limited Stok Siapa Cepat Dia Dapat..
Saya Pengedar Sah Produk Supplement Shaklee
Wan Zulkifli bin Wan Hanapi
Shaklee Id : 924142
sms/call :019-9427541
COD : Ipoh, Kuala Kangsar, Seri Iskandar, Batu Gajah, Gopeng, dan Sungai Siput, Perak
* Harga tidak termasuk pos, Pack untuk sebulan adalah repack dari pack asal (2 bulan).
Kita perlu supplement kerana kita tidak mendapat khasiat yang sepatutnya dalam pemakanan harian kita. Supplement membantu kita mendapatkan khasiat yang sepatutnya..
No comments:
Post a Comment