Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Monday, June 27, 2011

Dilema Pelajar Lepasan SPM IPTA ke IPTS

Dilema Pelajar Lepasan SPM IPTA ke IPTS

Photobucket

Selepas mengambil peperiksaan SPM para pelajar sering tertanya tanya kemana mereka nak pergi selepas ini, teringin untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Photobucket

Selepas SPM pelajar-pelajar boleh memilih beberapa cabang iaitu :

1. Peringkat Pra Universiti (Program Matrikulasi)
Matrikulasi merujuk kepada proses kemasukan rasmi ke universiti, ataupun proses kelayakan untuk masuk ke universiti. Program matrikulasi merupakan satu program persediaan pra-universiti bagi lepasan SPM (90% Bumiputera) untuk melanjutkan pelajaran sebelum ke peringkat Ijazah Pertama di universiti ataupun kolej universiti.

2. Peringkat Diploma
Biasanya jika sebut pasal Diploma ia sering dikaitkan dengan UiTM, kerana UiTM banyak menawarkan khursus khursu diperingkat diploma dan ia sangat sinonim dengan orang melayu.

3. Peringkat Sijil
Politeknik (IPTA) menawarkan kursus peringkat sijil bagi lepasan SPM dan kebanyakan IPTS juga ada menawarkan kursus peringkat sijil bagi mereka yang memperoleh keputusan yang SPM sederhana. (Pada pendapat saya jadikan IPTS dan peringkat sijil ini pilihan terakhir, cuba mohon untuk peringkat Diploma atau Matrikulasi dahulu)

4. Peringkat STPM, sambung lagi setahun iaitu ke tingkatan 6 untuk menduduki peperiksaan STPM

Photobucket

Para ibu bapa perlu bijak memilih tempat yang sesuai bagi anak anak mereka untuk melanjutkan pelajaran, Minat dan masa depan perlu selari supaya tiada penyesalan dikemudian hari.

IPTA ialah Institut Pengajian Tinggi Awam dimana kos untuk memasuki IPTA adalah jauh lebih rendah berbanding IPTS, tetapi agak sukar untuk menempatkan diri di IPTA kerana persaingan yang sangat tinggi, keputusan Akademik sangat penting untuk memasuki IPTA. Untuk masuk keperingkat Ijazah di IPTA para pelajar perlu memasuki peringkat pra universiti (Matrikulasi) dahulu.

IPTS pula adalah Institut Pengajian Tinggi Swasta, kos bagi memasuki IPTS ini agak tinggi dan syarat kemasukan agak longgar.

Para Pelajar atau ibu bapa tidak perlu risau tentang masalah kewangan untuk memasuki IPTA dan IPTS kerana kerajaan banyak menyediakan skim pinjaman bagi pelajar pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Pinjaman PTPTN

Pinjaman/Biasiswa MARA

Pinjaman/Biasiswa JPA

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..