Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Saturday, March 21, 2015

Perlekeh hudud sama macam perlekeh Allah




Tahniah Kerajaan kelantan diatas usaha untuk menegakkan hukum Allah,

Dan tahniah diatas kesepakatan kesemua ahli DUN tanya mengira parti kesemua menyokong usul huhud ini.

Tak perlu peduli dengan orang bukan islam yang tak menerima hukum islam dan tak menjadi pelik jika mereka menolaknya.

Sedang kan agama kita pun mereka tolak, inikan pula hukum islam lagi la mereka tidak suka.

tapi kesian untuk orang islam yang terang terang menolak hudud, kalau tolak saja tak pa siap buat video untuk tunjukkan yang betapa jahilnya dia dalam agama.


Dia mempersoalkan kenyataan MB kelantan, "mempersoalkan hudud tiada iman"

Kenyataan tu tiada salahnya, maksud iman adalah yakin kepada Allah termauklah yakin kepada semua yang Allah suruh kita buat.

Dia memang tiada iman kerana secara terang tidak mengamalkan suruhan Allah untuk menutup aurat dan mempersendakan hukum yang Allah buat.

Allah pencipta kita semua, yang maha bijaksana, tiada yang boleh mempersoalkan hukum Allah..

Semoga Allah mengampunkan dia

Sahabat Iju..