Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Friday, October 7, 2011

“Pakaian Saya Tidak Keterlaluan” – Amanda Imani

Photobucket

Isu baju seksi yang disebarkan melalui beberapa laman blog semalam melemparkan satu kontroversi kepada seorang penyanyi baru yang dikenali sebagai Amanda Imani, 20. Kontroversi ini sedikit sebanyak menyentakkan hati gadis remaja ini yang terkenal dengan bakat nyanyian berentak jazz.

Menurut Amanda, insiden tersebut berlaku di luar dugaannya kerana gaun yang digayakan perlu bersesuaian dengan tema malam resepsi Norman Hakim & Memey Suhaiza, iaitu Manhattan New York.

Photobucket
Baju inilah yang dikatakan terlalu seksi yang digayakan ketika malam resepsi Norman Hakim & Memey Suhaiza, iaitu Manhattan New York.

“Baju rekaan Wan Huzairil itu sebenarnya mengikut tema malam resepsi Norman Hakim & Memey Suhaiza. It’s a close red carpet event. Kebanyakan selebriti yang hadir pun turut mengayakan fesyen yang lebih kurang sama. Jadi, saya memang terkejut apabila fesyen yang saya gayakan menjadi perhatian pula,”

Mengakui dirinya orang baru, Amanda tidak berniat untuk menimbulkan sebarang kontroversi atau publisiti.

“Saya tiada niat nak timbulkan kontroversi. Niat saya pada malam itu adalah sebagai seorang penyanyi profesional yang ingin menghiburkan hadirin. Saya mendendangkan 2 buah lagu sebagai hadiah buat pasangan berkenaan, iaitu lagu I Turn To You – Christina Aguilera & A Love That Will Last – Renee Olstead. Saya hadir untuk buat kerja sahaja.”

Amanda turut menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa dirinya memang gemar berpakaian seksi.

“Ramai lagi orang yang pakai lebih seksi daripada saya. Saya rasa pakaian itu lebih modest berbanding yang lain.

“Sebelum ini pun, saya pernah menerima teguran yang sama walaupun pakaian itu bertutup. Mungkin, bentuk tubuh kurniaan tuhan ini yang membuatkan saya kelihatan seksi di mata orang ramai,” ujar Amanda lagi.

Amanda turut menolak pendapat orang ramai mengenai personalitinya yang seakan sama dengan seorang selebriti muda tanah air.

“Kami berdua mempunyai personaliti berlainan. Dia seorang pelakon, manakala saya seorang penyanyi. Masing-masing mempunyai tuntutan kerja yang berbeza.”

Pada masa yang sama, Amanda menjelaskan dia tidak akan berpakaian keterlaluan & terlampau seksi di masa depan.

“Saya tak akan pakai gaun yang keterlaluan sehingga menampak bahagian yang tidak sepatutnya. Saya perlu menjaga hati keluarga juga. Andai kata kalau ada acara yang mengikut tema, saya akan lebih berhati-hati selepas ini.”

“Saya meminta maaf andai kata ada pihak yang terguris dengan cara pemakaian ini. Saya harap pihak berkenaan dapat memberikan kritikan yang membina agar saya dapat perbaiki diri ini di masa akan datang,” -OhBulan


Saya Pengedar Sah Produk Shaklee

Produk Kesihatan dan Supplement Lengkap untuk seisi keluarga..

Dapatkan Supplement Multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan zat mineral dari hanya RM 45.00* sahaja sebulan.

Limited Stok Siapa Cepat Dia Dapat..


Saya Pengedar Sah Produk Supplement Shaklee 
Wan Zulkifli bin Wan Hanapi 
Shaklee Id : 924142 
sms/call :019-9427541 
COD : Ipoh, Kuala Kangsar, Seri Iskandar, Batu Gajah, Gopeng, dan Sungai Siput, Perak

* Harga tidak termasuk pos, Pack untuk sebulan adalah repack dari pack asal (2 bulan).

Kita perlu supplement kerana kita tidak mendapat khasiat yang sepatutnya dalam pemakanan harian kita. Supplement membantu kita mendapatkan khasiat yang sepatutnya..

1 comment:

Sahabat Iju..