Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Wednesday, October 5, 2011

Mamat Sepah Mengaku Salah Dedah Rambut Fida Ibrahim

Photobucket

Bekas anggota kumpulan Sepah, (Gambar) Mohd Noor Murad atau Mamat Sepah telah melakukan kesilapan apabila secara tidak sengaja memuat naik gambar kekasihnya, pelakon Fida Ibrahim yang menampakkan sebahagian rambut ke akaun Facebook miliknya.

Mamat Sepah berkata, dia kesal dengan kesilapannya itu kerana perbuatan tersebut telah menyebabkan nama baik Fida Ibrahim yang tidak pernah mendedahkan rambutnya di khalayak tercalar.

Photobucket

"Saya mengakui itu adalah salah saya tetapi sejujurnya saya tidak berniat untuk mengaibkan nama baik Fida Ibrahim pada mata masyarakat. Dia adalah seorang gadis yang baik," kata Mamat Sepah ketika dihubungi media hiburan di sini, Selasa.

Mamat Sepah diminta mengulas mengenai penyebaran gambar kekasihnya Fida Ibrahim tanpa tudung sebaliknya tetapi menampakkan sebahagian rambutnya dengan memakai topi di laman-laman blog hiburan tempatan.

Mamat Sepah menjelaskan lebih lanjut mengenai kejadian itu, Mamat Sepah berkata gambar tersebut diambil ketika dia dan keluarganya sedang bercuti di sebuah destinasi yang turut disertai oleh Fida Ibrahim dan beberapa rakan lain.

Menurut Mamat Sepah, semasa gambar tersebut diambil, dia tidak perasan sebahagian rambut kekasihnya itu terdedah kerana tidak memakai cermin mata ketika itu.

"Semasa kejadian Fida di dalam kereta dan secara spontan saya mengambil gambar tersebut tanpa menyedari sebahagian rambutnya terdedah tambahan pula saya tidak memakai cermin mata.

"Tanpa berfikir panjang saya terus memuat naik gambar tersebut di laman Facebook milik saya," jelas Mamat Sepah. Rasa bersalah mengenai kejadian tersebut, Mamat berkata dia berharap masyarakat tidak membuat tohmahan buruk kepada Fida kerana gadis itu tidak bersalah dalam hal tersebut.

Mamat Sepah Minta Maaf Sebar Gambar Fida Ibrahim Tidak Bertudung

"Saya sangat berharap perkara ini tidak melarat kerana takut orang akan mengatakan saya telah mengubah Fida melakukan perkara tidak baik sejak berkawan dengan saya.

Mamat Sepah ditanya adakah dia ada berbincang dengan Fida Ibrahim mengenai perkara berkenaan, Mamat Sepah memberitahu Fida Ibrahim tidak mengetahui dia memuat naik gambar tersebut.

"Sebab itu saya kata Fida tidak bersalah dalam hal ini kerana semasa anda menemu bual saya ini, dia sendiri masih tidak mengetahui mengenai apa yang sedang terjadi. Saya belum bercakap dengannya tentang hal itu," kata Mamat Sepah menyesal menyebarkan gambar Fida Ibrahim tidak bertudung. -Mstar.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa apa yang dilakukan oleh Mamat adalah salah dengan memuat naik gambar Fida tidak menutup aurat dengan sempurna, tetapi merelakan gambar kita diambil tanpa menutup aurat lebih salah dan berdosa.

Kenapa di dalam gambar ini kelihatan Fida riang gembira sedangkan dia tau ada kamera yang menghala ke arahnya, dan ketika itu dia tidak menutup aurat dengan sempurna. Biar apapun yang berlaku selepas ini jadikanlah ia sebagai pengajaran supaya tidak diulangi.


Saya Pengedar Sah Produk Shaklee
Produk Kesihatan dan Supplement Lengkap untuk seisi keluarga..

Dapatkan Supplement Multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan zat mineral dari hanya RM 45.00* sahaja sebulan.

Limited Stok Siapa Cepat Dia Dapat..


Saya Pengedar Sah Produk Supplement Shaklee 
Wan Zulkifli bin Wan Hanapi 
Shaklee Id : 924142 
sms/call :019-9427541 
COD : Ipoh, Kuala Kangsar, Seri Iskandar, Batu Gajah, Gopeng, dan Sungai Siput, Perak

* Harga tidak termasuk pos, Pack untuk sebulan adalah repack dari pack asal (2 bulan).

Kita perlu supplement kerana kita tidak mendapat khasiat yang sepatutnya dalam pemakanan harian kita. Supplement membantu kita mendapatkan khasiat yang sepatutnya..

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..