Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Friday, October 7, 2011

Hukum Hudud Relevankah?

Photobucket

HUKUM HUDUD siapa tahu apa maksudnya.. angkat tangan!!
Mesti tidak ramai yang angkat tangan kan.. kerana kebanyakkan kita dilahirkan dalam masyarakaat yang jahil tentang agama... tetapi memandai- mandai nak bagi pendapat mengalahkan orang alim ulamak. Hukum Hudud telah pun dilaksanakan dibeberapa negara Islam di seluruh dunia dan kini ada sesetengah masyarakat Islam di Malaysia yang berani mengambil tanggungjawab ingin melaksanakan hukum ALLAH, ya Hukum ALLAH yang Maha berkuasa lagi Maha Bijaksana. Tidak wujud cogankata Islam baru atau Islam lama.. Islam tetap islam dan cara hidup Islam tetap dilaksanakan sama dari zaman Nabi Adam sehingga zaman Nabi akhir Zaman (Muhammad S.A.W) sehingga zaman kini.

Ramai yang tidak menyokong hukum hudud dilaksanakan di Malayia. kenapa?

Kerana mereka berpendapat amalan ini tidak relevan untuk masa kini, kejam, zalim, tidak berperikemanusiaan.. dan berpendapat manusia berhak mendapat peluang kedua, sekali lagi diulangi ini adalah hukum Allah kepada orang yang jahat, kalau orang itu baik buat ape nak takut?? Melainkan dia ada berniat nak buat jahat. Allah maha mengetahui segala - galanya tak kan kita nak kata Allah tersilap dengan membuat hukum hudud tanpa berfikir terlebih dahulu atau mengetahui akibatnya. Ini adalah hukum yang Allah buat dan sebut dalam Al-Quran. Sesungguhnya kita diciptakan oleh Allah yang Maha Berkuasa..

Ada juga yang mengatakan bahawa hukum hudud tidak mungkin dapat dilaksanakan di Malaysia kerana kita hidup berbilang kaum. Persoalan saya hukum huduh di buat untuk siapa?? untuk kaum apa?? untuk agama apa?? dibuat untuk orang islam.. kaum yang mengamalkan cara hidup islam dan untuk agama Islam apa kena mengena dengan agama lain. Bagiku Agamaku Bagimu Agamamu.. Jika diamalkan hukum hudud masyarakat Islam seluruh dunia akan diangkat martabatnya kerana tidak/takut melakukan sebarang kesalahan seperti zina, mencuri, minum arak, membunuh dan sebagainya. .

Gunakan pengetahuan dan ilmu jangan gunakan akal dalam mengadili Islam. Hukum Hudud tidak kejam ia sebagai pengajaran yang keras bagi mereka yang melanggar peraturan sesungguhnya azab Allah sangat pedih,  kerana Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya tetapi hamba-hambaNya lah yg menzalimi diri mereka sendiri..Balasan di akhirat lebih dasyat dari hukum hudud itu sendiri, jangan nanti di Padang Masyar kita akan disoal oleh Allah, time tuh apa kita nak jawab???

Dengar betul - betul ceramah daripada Ustaz Kazim ini.

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..