Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..
Thursday, August 25, 2011
Nanu Baharudin Bermesra Gengan Anjing
Jika dulu Sharifah Sofea, Baby ResQ dan tidak ketinggalan Manohara dari seberang juga mengejutkan peminat mereka dengan bergambar dan memegang anjiing. Kali ini giliran Nanu Baharudin pula bergambar dan bermesra dengan anjing yang kami percaya adalah haiwan peliharaannya
Dipercayai gambar Nanu Baharudin bersama anjing peliharaannya dimuat sendiri di laman Facebooknya. Bukan ke banyak lagi haiwan dalam dunia ini yang boleh dijadikan haiwan peliharaan tetapi kenapa haiwan yang terang dan nyata haram ini juga yang ingin bela.
Sebenarnya pegang atau peluk anjing bukanlah HARAM seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat Melayu di Malaysia ini.
Menyentuh najis Mughollazoh tidak haram. Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila kita menyentuh najis Mughollazoh kita dikehendaki menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang telah dicampurkan tanah sekali dan membilasnya dengan air mutlak sebanyak 6 kali.
Yang Haram berkaitan babi dan anjing ialah memakannya bukan menyentuhnya. Kita perlu jelas pandangan Islam terhadap dua makhluk yang Allah cipta ini. Kedua-duanya adalah ciptaan daripada Allah dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia sebaliknya setiap sesuatu itu ada hikmahnya.
Keadaan yang membolehkan kita sentuh anjing tanpa samak ialah ketika mana dua-dua dalam keadaan kering tapi jika mana salah satu nya basah wajib samak tapi kalau boleh elakkan la sentuh walaupun dalam keadaan kering ini kerana dikhuatiri timbul was-was betulkah ianya betul-betul kering. Tetapi ini khas untnk anjing sahaja kalau khinzir samada basah atau kering wajib samak.
Tidak ada persoalan tentang khinzir samada ianya kering atau basah hukum menyatakan wajib samak. Imam Syafie mengqiaskan basah di badan anjing itu sama dengan air liurnya, jadi air liur anjing adalah najis dan wajib di samak bukan sebab bulu melekat pada diri kita atau lain-lain.
Hukum memelihara anjing tanpa ada sebab adalah HARAM sepertimana dinyatakan oleh Prof Dr Yusof alQardhawi yang telah lama diterjemah dan beredar dalam pasaran. Kata alQardhawi, hukum membela anjing sebagai pet (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh RasuluLlah saw.
Dalilnya: Dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi saw bersabda,” Barangsiapa mmelihara anjing bukan utk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya bekrurangan satu qirath.” [Bukhari-Muslim dan semua ahli hadith yg lain] Inilah juga pendapat majoriti madzhab, antaranya Syafi’iy, Hambali, Maliki dan Zahiri ( alMajmuu’, IX/234).
Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani oleh itu jika kita sebagai manusia ini tidak lepas dari membuat dosa hendaklah bertaubat setiap hari sebelum terlambat. Jangan la sesekali merasa bangga menjadi orang yang tidak tau hukum Islam, ataupun menunjuk pandai dan memperlekehkan hukum-hukum agama seperti samak dan sebagainya dengan menganggap boleh membela anjing dengan syarat akan menyamak setiap hari, larat ke nak samak setiap hari??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment