Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Tuesday, August 16, 2011

Nabil Raja lawak Bakal Mengakhiri Zaman Bujang Dengan Pramugari

Photobucket

Ah, romantiknya gelagat Nabil & Nazirah Ayub ketika sesi photoshoot untuk persiapan kad kahwin mereka yang disediakan oleh Kad Lestari dengan kerjasama Festival pengantin.


Menurut Nabil, dia merancang untuk membawa Nazirah bersama ahli keluarganya berbulan madu di Mekah untuk menunaikan umrah sebagai tanda kesyukuran kerana mempertemukan jodohnya.

Nabil menjelaskan dia dah serik bercinta lama- lama jadi ambil keputusan segera berkahwin bagi elakkan perkara sama terjadi macam dengan Irma Hasmie dulu. Nabil dan Zira baru mengikuti kursus perkahwinan baru - baru ni.

Jelas terpancar gembira di wajah kedua-dua bakal pengantin, Nabil Raja Lawak, 28 & Nazira Ayub, 23 ketika menceritakan mengenai persiapan perkahwinan mereka di kedai Kad Lestari, Seksyen 2, Shah Alam, tengah hari tadi. Mengikut perancangan, Nabil & Zira akan diijabkabulkan pada 30 September 2011 di Masjid Wilayah, manakala majlis resepsi akan dijalankan pada 2 Oktober 2011 bertempat di bandar I-City, Shah Alam.

Nabil & Zira mempunyai impian tersendiri. Mereka menginginkan perkahwinan berkonsepkan kartun wonderland yang menjuruskan kepada keseronokan & ceria bersama para jemputan yang dianggarkan berjumlah 1500 orang. Pada masa yang sama, Nabil sempat berkongsikan perasaannya yang akan bergelar seorang suami dalam masa 6 minggu lagi.

Photobucket

“Saya tak sabar nak tunggu hari perkahwinan. Rasanya, sudah sampai masa untuk saya dirikan rumah tangga, lagi pun saya sudah berumur 28 tahun. Tambahan lagi, ada pihak seperti Festival Pengantin yang ingin merealisasikan impian saya. Memang bersyukur sangat,” kata Nabil dalam nada gembira.

Nabil turut menceritakan saat perkenalannya bersama gadis cantik ini yang pernah bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan swasta.

“Pertama kali saya berjumpa dia sekitar 6 tahun lepas melalui kawan baik sendiri. Pendek kata, kawan baik saya tu merupakan abang ipar kepada Zira. Masa tu, dia baru habis SPM, manakala saya masih bekerja sebagai despatch. Ketika itu, dalam hati saya terdetik, “eh cantik gak budak ni”. Masa tu, jumpa gitu-gitu je.

“Kemudian, kami kebetulan bertemu semula pada awal 2011 ketika menghadiri sebuah kenduri arwah. Kami bertegur sapa & borak-borak. Mungkin sudah jodoh, tau-tau nak kahwin dah,” jelas Nabil ketawa menceritakan saat perkenalannya bersama gadis impian.

Perkahwinan Nabil & Zira juga dirancang dalam suasana penuh keserdahanaan dengan kos anggaran RM150 000.

“Saya suka dengan konsep Wonderland kerana suka tengok kartun. Pada saya, biarlah perkahwinan ini dibuat untuk orang yang datang rasa happy & ceria. Saya suka tengok suasana happy, tengok orang tersenyum & enjoy,” kata Nabil mengenai perkahwinan impiannya.


“Jujur kata, saya tak ke arah perkahwinan mewah. Biarlah perkahwinan saya diadakan dalam keadaan serdahana, asalkan orang ramai dapat mendoakan keberkatan perkahwinan kami. Niat saya tak nak membazir, atau nak gah depan orang ramai dengan pakaian bernilai jutaan ringgit.

“Kalau boleh, biarlah para jemputan datang ke majlis saya kerana nak raikan perkahwinan kami. Bukannya nak tengok baju, nak tengok kasut. Perkahwinan kami dirancang mengikut kemampuan saya, andai kata ada yang terlebih, itu datangnya daripada pertolongan ramai pihak seperti Festival Pengantin. Saya percaya, perkahwinan yang berpanjangan datangnya daripada keberkatan doa orang ramai,” jelas Nabil dengan nada rendah diri.

Nabil turut menyatakan bahawa dia akan menjemput Irma Hasmie, bekas kekasih ke majlis perkahwinannya nanti.

“Saya memang akan menjemput dia. Lagi pun hubungannya bersama mak saya memang baik. Baru-baru ini pun, saya & dia berlakon untuk drama berjudul Kuih Goyang Syafiq. Apa yang terjadi antara saya & dia merupakan perkara lama. Kami memang sudah berbaik-baik. Jujur kata, hubungan kami dahulu banyak mengajar saya untuk lebih menghargai pasangan sendiri,” kata Nabil -OHBULAN!

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..