Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Islam Malaysia - IRM
'The Local Chapter of Humanity'Ramadan menjelang kembali. Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan barakah ini, Pertubuhan IRM kini melancarkan program 'Kasih Ramadan' bagi membantu meringankan beban mereka yang memerlukan di bulan yang mulia ini.
Melalui program 'Kasih Ramadhan - Bantulah Mereka Berbuka Puasa', dengan setiap sumbangan berjumlah RM50, satu pek sumbangan lengkap makanan keperluan harian disediakan untuk sebuah keluarga yang memerlukan. Pek barangan tersebut yang mengandungi makanan asas keperluan harian seperti beras,gula, garam, susu, tepung, minyak masak, sardin, kurma dan lain-lain ini diharapkan akan dapat membantu meringankan beban keluarga tersebut bagi menunaikan ibadah puasa selama dua hingga tiga minggu di sepanjang bulan Ramadan.
Melalui sumbangan orang ramai yang prihatin, pihak Pertubuhan IRM akan menjelajah ke seluruh pelusuk tanah air bagi bagi mengedarkan pek-pek makanan ini kepada golongan-golongan yang memerlukan. Bagi program Kasih Ramadan 2011, pihak Pertubuhan IRM telah mensasarkan seramai 5,000 keluarga sebagai penerima program ini.
Golongan-golongan yang terdiri daripada kumpulan fakir, miskin, ibu tunggal yang memerlukan, warga emas, anak-anak yatim, OKU serta kumpulan-kumpulan istimewa yang lain di kenalpasti melalui kerjasama bersama sukarelawan serta rakan kerjasama Pertubuhan IRM di seluruh Malaysia.
Kongsilah kegembiraan anda bersama-sama mereka yang memerlukan di bulan yang mulia ini. Dengan hanya RM50 untuk satu pek makanan, anda mampu menyinari Ramadhan mereka untuk berbuka puasa dengan lebih ceria...
Sumbangan ikhlas anda bolehlah disalurkan melalui akaun MAYBANK 5640 7000 2424 / CIMB 1247 0000 477108 di atas nama PERTUBUHAN BANTUAN KEMANUSIAAN ISLAM MALAYSIA (IRM) atau ISLAMIC RELIEF ASSOCIATION MALAYSIA.
Untuk sumbangan barangan seperti beras, gula, susu dan lain-lain anda juga boleh menghubungi pihak Pertubuhan IRM di talian 019-3973558 (En. Farouq Zauji).
Terima Kasih.
PERTUBUHAN BANTUAN KEMANUSIAAN ISLAM MALAYSIA (Pertubuhan IRM)
ISLAMIC RELIEF ASSOCIATION MALAYSIA
No comments:
Post a Comment