Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..
Saturday, July 16, 2011
Tree-man
Lelaki ini bernama Dede Koswara dan berusia 35 tahun. Semasa anggota badannya mula ditumbuhi akar, orang kampungnya yakin dia disihir atau disantau. Setelah keadaannya menjadi agak kronik, isterinya yang telah bersamanya selama 10 tahun meninggalkan Dede dan anak-anak mereka kerana Dede sudah tak mampu bekerja.
Oleh sebab kesempitan wang dan terdesak, Dede telah menyertai freak show di mana orang yang mempunyai keganjilan fizikal akan mempamerkan diri mereka untuk ditertawakan atau dicerca. Penyakit Dede akhirnya mendapat publisiti dari luar, dan seorang pakar kulit dari Amerika berminat untuk mengubatinya.
Dede sebenarnya mendapat viral infection yang bergelar Human Papilloma Virus (HPV) akibat luka di lututnya yang tidak dirawat semasa dia masih remaja. Kalau individu normal seperti kita mendapat luka, luka itu akan bertukar menjadi kudis sahaja.
Tetapi dalam kes Dede, yang mengalami kecacatan genetik yang sangat jarang ditemui, virus itu telah menyerang sistem imunnya yang lemah dan sel kulitnya, yang menyebabkan kulitnya kelihatan seperti ditumbuhi akar pokok. Penyakitnya dapat dipulihi dengan Vitamin A.
Cinch Shake Mix Shaklee, Jom sihat dengan Shaklee
Ingin Mengurangkan Berat Badan ? Cinch Shake Mix Shaklee adalah jawapannya. Ianya sihat, selamat dan berkesan.
Hubungi saya perunding vitamin anda..
Iju dan Sharaz
Shaklee Independent Distributor [ ID NO : 924142]
sms/whatsapp : 018 - 2915102
FB : Ikut suke orang la..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment