Kanser serviks adalah diantara barah utama kaum wanita di Malaysia walaubagaimanapun ia sebenarnya boleh dicegah dan dirawat sekiranya sekiranya dikesan di peringkat awal. Ujian biasa yang kita jalankan ialah pap smear tetapi malangnya, ketepatannya cuma 80% dan tidak begitu memuaskan kerana ia kerap dipengaruhi oleh ketidaksempurnaan dari segi pengambilan sampel dan cara penyediaan slaid.
Ujian “ Liquid Based Cytology”
LBC merupakan kaedah terbaru dalam pengumpulan sel serviks dimana sampel yang diambil diletakkan terus kedalam cecair preservatif dan dihantar ke makmal dimana penggunaan slaid sebenar akan bermula, berbanding dengan cara pap smear biasa dimana sel serviks disapu terus pada slaid sebaik sahaja ia diambil dari cerviks.
LBC mempermudahkan pengumpulan sel-sel servik dan memberikan bacaan yang lebih tepat untuk pemeriksaan dibawah microskop.
Mengurangkan kadar ketidakpuasan dan rasa cemas disebabkan kurangnya insiden “repeat smear”.
Mengurangkan pengumpulan benda asing seperti cairan faraj yang boleh mempengaruhi bacaan sel sel serviks.
Pengumpulan optimal sel serviks menyebabkan potensi untuk mengesan sel pra- kanser menjadi lebih tinggi.
Penyediaan dan pemeriksaan slaid ulangan boleh dilakukan dengan mengunakan satu sampel sahaja sekiranya bacaan slaid pertama meragukan.
Ia adalah ujian HPV DNA Genotype yang boleh mengesan kehadiran jangkitan kuman HPV pada pangkal rahim dan serviks.
Kanser pangkal rahim disebabkan oleh jangkitan kuman virus HPV berisiko tinggi manakala HPV berisiko rendah pula dikaitkan dengan jangkitan “wart” organ genital. Kedua jenis HPV ini boleh dibezakan dengan mengunakan ujian HPV DNA.
Kepentingan ujian ini?
- Boleh membantu meninggikan kadar pengesanan sel pra-kanser serviks
- Mengesan kehadiran virus sebelum perubahan pra kanser berlaku
- Membolehkan pengawasan yang lebih rapi terhadap mereka yang mengalami ujian positif .
- Mengurangkan kadar ujian Pap ulangan terhadap keputusan kes “ASCUS”
- Dengan ujian kombinasi LBC dan HPV, ia lebih menjimatkan masa dan wang
- Mengurangkan kadar ujian kolposkopi dan biopsi yang tidak diperlukan
- Mengurangkan ujian saringan dari satu tahun kepada 2-3 tahun sekiranya HPV negatif
Iklan Set Untuk Kekuatan dan Kesuburan Kaum Lelaki
Link - Perincian Kandungan 24 Vitamin dan Mineral Dalam Meal Shake
Berminat ? Hubungi Saya :
Saya Pengedar Sah Shaklee
Wan Zulkifli bin Wan Hanapi
Shaklee Id : 924142
sms/call : 019-9427541
COD : Ipoh, Kuala Kangsar, Seri Iskandar, Batu Gajah, Gopeng, dan Sungai Siput, Perak
Informasi yang sangat bermanfaat. Terima kasih untuk admin.
ReplyDeleteSemoga dapat menambah wawasan Saya dengan topik yang telah admin bahas.
Visit: Biaya Pap Smear 2015