Dan macam biasa, media massa arus perdana negara kecoh memerkatakan hal ini..
Utusan Malaysia menjadikan berita ini berita hangat muka depan.. langsung tak malu pada anak anak yang juga pembaca akhbar tersebut..
Dan macam biasa ada yang masih berbunyi menyuruh pemimpin pembangkang tersebut membuat SUMPAH LAKNAT bagi membuktikan yang dirinya tidak bersalah..
Semalam Buletin Utama ada menyiarkan adik Azmin Ali, Umie Hafilda Ali mendesak abangnya itu membuat sumpah laknat kerana nabi pun melakukannya katanya..
Petikan dari buletin utama TV3 juga menyiarkan :
Persatuan Pemuda dan Puteri Malaya Bersatu, PPMB mendesak Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali, bersumpah laknat bagi membuktikan individu yang beraksi panas dalam laman blog yang sedang tersebar itu, bukan dirinya.
Ia bertujuan membersihkan imej pemimpin terbabit.
MOHD. RIDHWAN OTHMAN / PRESIDEN PPMB
"Kalau dia berada di pihak yang betul dia kena berani sumpah laknat la. Kalau dia tak buat, dia kena berani dan kalau dia tak buat, kita boleh terima. Tapi yang penting dia kena sumpah laknat dan bagitahu pada orang ramai dan buat report polis mengatakan bahawa apa yang gambar tertera dalam video tersebut bukan gambar dia".
Mohd. Ridhwan mengulas laporan akhbar hari ini mengenai penafian Azmin berhubung gambar yang dikaitkan dengan dirinya yang disebarkan dalam beberapa laman blog.
Sumber : Buletin TV3
Sumpah laknat Bukan Sunnah Nabi...
Dengarkan :
Dalam Islam kita tidak boleh menuduh seseorang tu melakukan zina dengan video atau gambar semata mata..
lebih lebih lagi kalau tuan punya badan tak mengaku..
Sumpah laknat bukanlah amalan agama kita...
Fitnah adalah DOSA..
Menyebarkan keburukan adalah DOSA walaupun benda itu benar benar berlaku...
No comments:
Post a Comment