Mampukah Google+ merampas pengguna dari Facebook? Terdapat beberapa sebab bagi pengguna untuk berubah dari Facebook ke Google+. Banyak kelebihan dari segi kemudahan laman web tersebut dan juga privasi. Ramai yang mempersoalkan ‘mampukah Google+ atasi Facebook?’. Ini bukanlah saingan antara dua laman web. Google+ adalah lebih daripada itu. Antara sebab mengapa Google menamakan projeknya sebagai ‘Google+ Project’ adalah kerana Google+ akan mengubah identiti Google secara menyeluruh. Ia akan membentuk satu perubahan besar terhadap syarikat tersebut. Facebook, seperti yang telah kita sedia maklum, dapat meraih banyak perhatian ketika syarikat tersebut baru ditubuhkan. Namun, terdapat beberapa sebab yang baik bagi anda untuk bertukar kepada Google+.
1. Penggunaan Aplikasi-aplikasi Google Lain
Antara sebab besar mengapa Google mahu pengguna mula menggunakan Google+ adalah integrasi. Google+ bukan sahaja mempunyai ciri-ciri laman sosial sama seperti mana-mana laman web lain, ia juga membolehkan pengguna menggunakan aplikasi lain seperti carian seperti dokumen dan video. Laman web tersebut telah pun menyediakan aplikasi carian di kebanyakan bahagian kanan-atas produk mereka; ini membolehkan anda mencari segala apa yang terdapat pada Google+ (status, mesej dll.) dan anda juga boleh berkongsi maklumat bersama rakan-rakan tanpa perlu keluar daripada Google. Berjuta-juta pengguna kini menggunakan khidmat Google (Gmail, Docs, Search, dll.) dan dengan adanya Google+, pengguna tidak lagi perlu menukar atau mencari bagi masuk ke laman sosial (Facebook) lain.
2. Pembahagian Rakan-rakan Yang Lebih Teratur
Dengan menggunakan kaedah ‘Circle’, pembahagian rakan-rakan adalah lebih teratur dan sama seperti di luar. Kita selalunya mempunyai ramai rakan, dan cara kita berkomunikasi dengan mereka berbeza menurut kumpulan-kumpulan tertentu. Perkara yang diperkenalkan oleh Facebook bagi kaedah ini, ‘Facebook Group’, ia juga membolehkan anda membahagikan rakan-rakan anda, tetapi jika mahu dibandingkan dengan Google+, Facebook Group kelihatan agak rumit. Lebih-lebih lagi, kaedah Group bagi Facebook merupakan sesuatu yang baru, manakala ‘Circles’ bukanlah satu perkara yang baru bagi Google.
3. Aplikasi Telefon Bimbit Yang Lebih Baik
Jika anda pengguna Android, penggunaan Google+ bagi aplikasi telefon bimbit membolehkan anda mendapatkan maklumat dengan lebih mudah dan senang. Walaupun aplikasi tersebut boleh dikatakan sudah memadai, Google masih mencari cara-cara yang lebih baik bagi memudahkan pengguna Android untuk menggunakan aplikasi tersebut. Google berharap agar pengguna Android yang menggunakan laman web mereka adalah antara cara yang boleh digunakan untuk mengatasi Facebook, juga mempunyai aplikasi bagi pengguna telefon, namun aplikasi yang sedia ada agak sukar untuk digunakan.
4. Lebih Mudah Untuk Cari dan Kongsi
Butang ‘Sparks’ pada Google+ adalah antara ciri utama yang menunjukkan perbezaan dengan Facebook. Spark membolehkan pengguna membuat carian dan berkongsi dengan rakan-rakan (sesuatu yang tiada pada Facebook). Ini kerana Facebook tidak mempunyai sebarang laman carian, pengguna harus meninggalkan laman tersebut dan mencari data yang boleh dikongsi atau tunggu rakan-rakan mereka untuk berkongsi maklumat tersebut. Persoalan ‘bagaimana cara bagi saya untuk mencari maklumat yang boleh dikongsi’ mampu terjawab dengan penggunaan ‘Sparks’.
5. Anda Boleh Dapatkan Semula Data Anda
Antara masalah yang terdapat pada Facebook sering dikaitkan dengan data peribadi. Anda dipaksa untuk menunjukkan beberapa data peribadi anda untuk umum (satu contoh), dan untuk menghapuskan profil Facebook anda adalah sesuatu yang agak sukar. Google pula, membuatkan anda mudah untuk menghapuskan semua data yang telah dibuat pada Google+ dan terus hapuskan akaun anda. Ini dilakukan dengan menggunakan sesuatu yang terdapat dalam Google+ yang dikenali sebagai ‘Data Liberation.’ Dengan hanya beberapa klik, anda boleh memuat turun segala data yang terdapat pada Picasa Web Albums, Google profile, Google+ stream, Buzz dan contacts anda.
6. Photo Tagging Yang Lebih Baik
Apabila anda memaparkan gambar di Google+, anda boleh ‘tag’ rakan-rakan anda, sama seperti Facebook. Anda hanya klik pada mana-mana bahagian gambar tersebut dan kemudiannya tulis nama rakan anda. Namun, perbezaan besar yang terdapat pada Google+ adalah apabila anda ‘tag’ rakan anda, Google akan memberitahu: ‘Tag’ ini akan diberitahu kepada rakan anda. Mereka boleh melihat gambar yang telah di’tag’ dan juga album ganbar tersebut terlebih dahulu. Berlainan dengan Facebook di mana ianya tidak memberitahu pengguna terlebih dahulu jika mereka telah di’tag’ (lebih-lebih jika mereka di’tag’ pada gambar yang kurang menyenangkan).
Google tidak menggunakan kaedah ‘facial recognition’ di mana gambar yang mahu di’tag boleh mengenalpasti muka-muka penggunanya seperti yang digunakan oleh Facebook.
7. Penggunaan Group Chat Yang Lebih Stabil
Google+ mampu mengatasi Facebook dari segi chat. Membentuk kumpulan untuk chat video dengan menggunakan ‘Hangout’, ianya lebih mudah untuk dikendalikan dan menjadikan laman sosial sesuatu yang meriangkan. Pada masa yang sama juga, penggunaan aplikasi telefon bimbit ‘Huddle’ (Android) membolehkan pengguna melakukan group text chat. Sesuatu yang tiada dalam Facebook.
8. Perkongsian Maklumat Yang Lebih Selamat
Privasi adalah sesuatu yang amat penting bagi laman sosial. Maklumat yang dipaparkan perlu mempunyai kadar privasi tertentu dan bukannya privasi yang dilakukan untuk semua. Google sedar akan perkara ini dan mereka telah mengadaptasikan perkara ini dalam Google+. Contoh, jika seseorang itu mahu berkongsi gambar atau artikel-artikel tertentu, mereka boleh memilih rakan-rakan tertentu tentang gambar atau artikel yang hendak dikongsi.
9. Google Mampu Menjaga Data Peribadi Dengan Lebih Berkesan
Perkara yang penting bagi laman sosial adalah penjagaan data peribadi. Facebook masih lagi baru dan telah membuktikan bahawa mereka mampu pergi lebih jauh. Namun, mereka tidak begitu menjaga data peribadi pengguna. Google pula, lebih matang berbanding Facebook dan mempunyai pengalaman yang lebih luas serta laman yang boleh dipercayai. Hingga kini, Google semestinya tidak lari daripada cogan kata mereka, ‘Jangan Jadi Jahat’ (Don’t Be Evil). Syarikat mana yang anda lebih percaya untuk menjaga maklumat peribadi anda?
http://www.pcworld.com/article/234825/9_reasons_to_switch_from_facebook_to_google.html
No comments:
Post a Comment