Artikel ini terpaksa ditulis part by part supaya tak terlalu panjang, ia akan menjadi bosan jika terlalu panjang
Amalan 1 (Membaca Surah Al-Falaq dan An-Naas)
Hadis ini diambil dari kitab Riyadhus Solihin (Imam Nawawi) Jilid 2
Bab 182, Hadis 7/1015, muka surat 245 - 246
Hadis Bermaksud :
Abu Sa'id r.a berkata, "Rasulullah s.a.w sentiasa berlindung dari ganguan jin dan manusia yang dengki sehigga turunlah Mu'awwidzatain (Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas), setelah turun 2 surah itu, beliau selalu membacanya dan meninggalkan doa-doa lain (yang berisi perlindungan diri dari jin dan manusia. (Hadis Riwayat Tarmizi) Dia berkata "Hadis ini Hasan"
Pelajaran Hadis :
1. Untuk melindungi diri dari gangguan jin dan manusia, Rasulullah s.a.w hanya membaca surah Al-Falaq dan An-Naas kerana muatan perlindungan yang ada didalam 2 hadis ni sangat lengkap.
2. Kita dianjurkan selalu memohon perlindungan dari ganguan jin dan manusia yang dengki kerana kedua ganguan ini sangat merbahaya.
p/s : kedua dua hadis ni tidaklah panjang, kurang seminit untuk membaca kedua dua surah, kita ada banyak masa didalam kenderaan semasa dtg dan balik kerja, boleh baca berulang ulang insha Allah dpt menghindari kita dari gangguan jin dan manusia yang dengki dengan kita...
No comments:
Post a Comment