Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..
Tuesday, June 4, 2013
Gabenor Syam Yang Zuhud
KISAH TELADAN GABENOR YANG ZUHUD
Said bin Amir, Gabenor Syam yang zuhud
* Kisah ini mgkin ramai pernah mendengarnya. .cuma ulangan utk ingatan bersama..
(sumber sahabat internet)
Pada suatu hari, Khalifah Umar al-Khattab menerima utusan dari Syam di Madinah. Mereka datang untuk melaporkan beberapa perkara yang mereka perlukan dan melaporkan perkara yang berlaku disana.
“Senaraikan nama orang miskin di tempat kamu,” kata Umar yang mahu mengeluarkan wang bagi mereka yang miskin.
Utusan itu pun menulis nama-nama orang yang memerlukan bantuan. Umar meneliti senarai itu dan dia terkejut apabila mendapati nama Said tertulis didalamnya.
“Apakah Said ini Gabenor kamu?” Umar bertanya kehairanan.
“Ya, Said itu ialah Gabenor kami,” jawab utusan itu.
“Dia termasuk dalam senarai orang-orang miskin?” tanya Umar lagi dengan tegas. Rupa-rupanya Said telah kehabisan wang untuk kegunaannya sendiri.
“Ya,” jawab mereka bagi meyakinkan Umar.
Umar kemudian mengambil satu uncang dan menyerahkannya kepada utusan itu.
“Berikan ini kepada Gabenor kamu,” kata Umar.
Utusan itu kembali semula ke Syam. Setelah sampai, mereka menyampaikan amanah dari Umar itu kepada Said, Gabenor mereka.
Pada petang itu, Said pulang ke rumah. Dia membuka uncang tersebut tanpa pengetahuan isterinya, dan berisi wang seribu dinar. Pada Said, itu merupakan satu jumlah yang banyak. .
“Innalillahi wainna ilaihi rojiun,” katanya sambil mengeluh. Kata-kata ini didengar oleh isterinya.
“Apakah Amirul Mukminin, Umar al-Khattab meninggal dunia?” tanya isterinya yang terkejut mendengarkan ucapan Said itu.
“Tidak, tetapi perkara yang lebih besar dari itu,” kata Said. “Bolehkah engkau membantuku?” sambungnya.
“Sudah tentu,” jawab isterinya.
“Ternyata dunia telah memasuki diriku untuk merosakkan akhiratku,” kata Said. Isterinya kehairanan mendengar kata-kata Said tetapi tidak bertanya apa-apa..
Pada pagi esoknya, Said memanggil orang kepercayaannya untuk membahagikan wang yang diterimanya itu kepada para janda, anak yatim dan orang miskin yang memerlukan bantuan. Dia mengarahkan semua wang itu diserahkan tanpa meninggalkan walau satu sen pun. Barulah isterinya memahami kata-kata Said semalam, bahawa wang yang diterimanya itu ibarat dunia yang didatangkan kepadanya untuk merosakkan akhiratnya.
Iklan Set Untuk Kekuatan dan Kesuburan Kaum Lelaki
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment