Hari ini dalam Sejarah | 25 Februari 1994 |
Tragedi Masjid Ibrahim, Hebron
Pada subuh 15 Ramadhan 1414H (Jumaat) bersamaan 25hb Febuari
1994, dunia telah dikejutkan dengan tragedi pembunuhan beramai-ramai di Masjid
Ibrahim di Hebron, Palestin. Tindakan kejam ini dilakukan ketika umat islam
sedang sujud di rakaat kedua (sujud yang terakhir ) semasa solat Subuh.
Baruch Kappel Goldstein seorang ekstremis Yahudi warga
Amerika dari gerakan radikal Kach, adalah orang yang bertanggung jawab
melakukan jenayah terancang ini. Goldstein bertugas sebagai seorang doktor dan
sangat anti kepada Islam dan bangsa Arab. Beliau yang tinggal di Kampung Kiryat
Arba berhampiran bandar Al Khalil (Hebron) pernah mengikuti latihan ketenteraan
di beberapa kem latihan Zionis.
Pada tanggal 25hb. Febuari 1994 bersamaan 15 Ramadhan 1414H,
ketika umat islam sedang mengerjakan solat subuh, Goldstein muncul di pintu
masjid dan terus melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah para jamaah yang
sedang sujud di rakaat yang terakhir. Darah merah mengalir membasahi seluruh
ruang masjid. Seramai 29 orang telah gugur syahid dan 300 yang lain mengalami
kecedaraan.
Goldstein telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan
namun pihak mahkamah Yahudi telah mengisytiharkannya sebagai gila. Goldstein
kembali hidup bebas seperti sebelumnya sehinggalah beliau berjaya dibunuh pada
26 Okt 2008.
Kesan dari tragedi ini pihak Israel telah menutup Masjid
Ibrahim dan memagar makam Nabi Yaakub dan isterinya serta memperuntukkan bahawa
tempat ini (makam Nabi Yaakub dan isterinya ) adalah untuk orang yahudi sahaja.
Makam ini hanya dibuka untuk orang Islam sepuluh hari sahaja dalam setahun
iaitu pada awal Muharam, hari raya Aidul Fitri dan Aidul Adha, tiga hari
Tasyrik dan 4 kali jumaat pada bulan Ramadhan.
Selain daripada itu pejabat-pejabat hal ehwal orang Islam
dikunci oleh pihak tentera Rejim Zionis termasuklah bangunan Mahkamah Syariah,
pejabat Agama Islam, pejabat pembangunan dan lain-lain.
Tragedi pembunuhan di Hebron telah menjadi bukti yang nyata
kepada kita kerana tidak sampai enam bulan perjanjian damai dimeterai ( 13
September 1993 - 25hb Febuari 1994 ) telah berlaku satu pembunuhan yang
sememangnya telah dirancang sebelum perjanjian damai. Bila berlakunya tragedi
ini dunia tidak boleh berbuat apa-apa kerana kejadian ini berlaku di Hebron dan
Hebron ( selepas perjanjian damai ) menjadi salah satu daripada wilayah -
wilayah yang ditadbir oleh negara Yahudi.
Ayuh teruskan perjuangan membela isu Palestin! Teruskan
Boikot McD
No comments:
Post a Comment