Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Saturday, August 20, 2011

Warga China Ditahan ISA

Photobucket

16 warga China ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan manusia yang menjadikan Malaysia sebagai transit sebelum berlepas ke negara ke-3.



Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata anggota sindiket dikesan bukan sahaja beroperasi di negara ini, malah di China dan Thailand.

Datuk Seri Khalid dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua mereka ditangkap pada 6 Ogos lalu di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Sindiket itu dipercayai beroperasi sejak tahun 2009,

Siasatan menunjukkan warga China dibawa masuk ke Thailand sebelum menyusup masuk ke negara ini bagi mendapatkan dokumen palsu dan berlepas ke negara ke-3.

7 pasport Turki, 3 pasport Malaysia, 3 MyKad serta wang tunai RM268,523 dirampas.

11 yang ditangkap sudah diserah kepada pihak berkuasa negara China semalam.

Manakala 3 lagi mendakwa memegang kad UNHCR tetapi mempunyai pasport dan MyKad palsu.

2 lagi yang memegang kad UNHCR sedang disiasat mengikut Akta Imigresen.

Siasatan juga mendapati kesemua anggota sindiket ini, akan cuba mendapatkan status pelarian politik dari UNHCR.

Ini bagi menjustifikasikan kehadiran mereka di Malaysia sebelum menjadikan negara ini pangkalan operasi mereka.

Datuk Seri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara: "Dia orang menggunakan taktik menggunakan pasport yang sah, apabila masuk ke negara ini, dia bagi pasport dia tu dan dia pergi dapatkan dokumen UNHCR."

Sumber : Berita TV3

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..