Semoga Allah Beri Pahala Sedekah Pada Orang Yang Klik Iklan Dibawah, Amin..

Sunday, June 19, 2011

Ekzema

        
        Kulit merupakan organ manusia yang paling besar yang berfungsi melindungi organ-organ dalaman badan manusia. Kulit adalah sangat sensitif walaupun ia berfungsi melindungi tubuh daripada kecederaan. Tahap sensitivitinya berbeza serta bergantung kepada ketebalan epidermis (bahagian luar kulit luar).

        Oleh itu sebagai organ yang terbesar meliputi bahagian luar tubuh, tidak hairanlah pelbagai masalah biasanya timbul pada kulit. Antara masalah yang biasa terjadi ialah penyakit kulit dan ada pelbagai jenis penyakit yang menyerang kulit baik kanak-kanak mahupun orang dewasa termasuklah penyakit ekzema.
 

        Penyakit ekzema biasanya akan ‘menyerang’ kanak-kanak. Hampir setiap satu dalam lima kanak- kanak akan menghadapi penyakit ekzema iaitu lebih kurang 15 hingga 20 peratus kanak-kanak di seluruh dunia.

       Penyakit Ekzema menyebabkan kegatalan dan penghidapnya terpaksa menanggung kesakitan selain mengalami tekanan perasaan.

       Untuk pengetahuan umum, penyakit ekzema merupakan sejenis penyakit kulit yang melibatkan gangguan kepada lapisan pelindung kulit dan menyebabkan reaksi hipersensitif kulit yang menyebabkan radang, gatal-gatal yang melampau (intense itch) dan kulit bersisik.

        Ia akan menjadi bertambah buruk dalam tempoh beberapa tahun ataupun sepanjang hayat penghidapnya jika tidak dijaga dan dirawat dengan baik. Jelasnya, dengan penjagaan kulit yang baik, penghidap penyakit ekzema boleh mendapat kulit yang sihat.

        Penyakit ekzema mengakibatkan kulit kekeringan disebabkan kehilangan air dan senang kemasukan allergen yang menyebabkan ketidakselesaan pada kulit.

[Link] Tip Untuk Mengawal Penyakit Ekzema..


Cinch Shake Mix Shaklee, Jom sihat dengan Shaklee


Ingin Mengurangkan Berat Badan ? Cinch Shake Mix Shaklee adalah jawapannya. Ianya sihat, selamat dan berkesan.

Hubungi saya perunding vitamin anda..
Iju dan Sharaz
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 924142]
sms/whatsapp : 018 - 2915102
FB : Ikut suke orang la..

No comments:

Post a Comment

Sahabat Iju..